Tuesday, October 22, 2013

APA YANG SPESIAL MAKANAN JOHOR NI?

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik ini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:



LAKSA JOHOR ; 

Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.








MI BANDUNG 

~ Juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung,  Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.






MI REBUS ~

 Adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.







ARISA

~ Adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.
P/s ; aku pun tak pernah makan ni ...macam pelik je...





SATE ~

 Makanan kegemaran yang bukan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini,  boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.






TELUR PINDANG 

~ Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur  ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
P/S : favourite ni ..
pinjam gambar orang .....




ROTI KIRAI/ROTI JALA 

~ Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala.  Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan)  menjadi sos yang dimakan bersama.







KACANG POL













KUIH SIRAT












PISANG SALAI



OTAK-OTAK

~ Antara otak-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-otak gelang patah
p/s ;Ia macam sata jugak ...





NASI BERIANI GAM ~ Amat terkenal di daerah Batu Pahat







SOTO~

 Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet
p/s ; dah biasa makan.....=)








BURASAK ~ sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pisang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.








HALWA MASKAT




PECAL


p/s: My mak suka buat hidangan simple tp mengenyangkan ni...







TAUHU BAKAR
p/s : Tauhu sumbat suka la!!





PENDARAM /CUCUR


p/s  /; macam jemput-jemput la ...

                                                                       ROJAK PETIS




TENGOK MESTI RASA TERLIUR DAN LAPARKAN ..

BAGI SESIAPA YANG RASA TETIBA TERMENGINDAM TU....
BUKALAH INTERNET,CARI RESEPI-RESEPI  DAN MASAK SENDIRI
YANG RASA TAK DERIA NAK MASAK TU
Actually aku pun ada jugak tak tahu ada jugak jenis makanan macam ni kat dalam Johor ni..
huhuhuhu..tak cuba maka tak tahu
 ,,CER TRY CARI GERAI-GERAI YANG SERVE MAKANAN-MAKANAN INI...INSYALLAH ADA ;0 ..HAHAHA . ADIOSSS~~

No comments:

Post a Comment