Tuesday, August 27, 2013

PERMULAAN SATU BICARA


Lagu Kebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor


Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia

segala kehormatan

sihat dan ria

kekal dan makmur

luaskan kuasa

naungkan kami

rakyat dipimpini

berzaman lagi

dengan merdeka bersatu hati


Allah berkati Johor


Allah selamatkan Sultan



Sebelum nak start apa-apa,make sure kita tengok dulu peta Johor Bharu ni terletak kat mana ea ??


Tanjung Balau .. Tempat favourite,masa zaman sekolah dulu .

Ini lah Makam Raja Laksamana Bentan...specialnya makam ni sebab ia lebih panjang dari makam raja-raja yang lain .Nak tahu sejarah pasal Raja Laksamana Bentan ni?Sejarah Melayu negeri Johor telah mencatatkan satu peristiwa tragis, di mana Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699) telah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan. Rentetan itu membawa kepada munculnya pelbagai versi cerita rakyat tentang kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Banyak dikisahkan sehinggakan menimbulkan mitos serta langenda berkaitan kisah pembunahan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, penubuh Kesultanan Johor tersebut.Kisahnya berkisar kepada isteri Laksamana Bentan telah dibelah perutnya atas titah Sultan Mahmud Syah II. Titah yang dikeluarkan kepada pengawal istana kerana Dang Anum, isteri Laksamana Bentan telah memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja. Dang Anum yang sedang sarat hamil ketika itu mengidam untuk memakan nangka telah dibelah perutnya tanpa perasaan ihsan dan belas kasihan.

Berikutan pembunuhan isterinya itu, Laksamana Bentan telah mengambil tindakan membalas dendam terhadap Sultan Mahamud dengan menikam baginda yang sedang berada di atas usungan. Persitiwa itu berlaku di kawasan dikenali sebagai Johor Lama (Kota Tinggi) pada tahun 1699. Sultan Mahmud masih sempat membalas tikaman tersebut yang menyebabkan Laksamana Bentan turut meninggal dunia.

Daripada kejadian pembunuhan Sultan Mahmud itu, timbul pula persoalan. Siapakah yang dimaksud dengan Laksaman Bentan dalam peristiwa tersebut?