Monday, December 30, 2013

SELAMAT TINGGAL SWEET SOUR 13

Aish.. tanpa kita sedari waktu itu terus berlalu , senyap-senyap je dia tinggalkan kita  dengan pelbagai kenangan,detik-detik, kadang-kadang kita suka menikmatinya dan kadang kita benci dan rasa sangatlah teruk untuk ditempuhi ...

Itulah aku ... budak yang selamba , pakai selipar dan buat muka toya ...

Aish..esok last day untuk 2013....

Yeah welcome 2014 =) ..!!!!!

Perasaan ? tak tahu lah banyak sangat impian / harapan setinggi gunung masih lagi di awangan dan masih lagi tak tergapai dek tangan yang pendek dan perasaan hati yang serba serbi tak kena ni.... -,-

mesti ada yang kecewa kan?? sebab tak dapat benda yang dihajati even dah nak habis tahun pun masih tak score goal lagi ..aku mahu lesennnnnnnnnnnnnnnn kereta la!!! ....aish....One more things benda yang sangat ku terkilan saat ini adalah aku p punya lurus p la format laptop aku,,finally all my RUNNING MAN download have gone .. waaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku pun lupa nak save software2 yang tak sepatutnya aku buang ... huhuhuhu ...

aish penyesalan '' Nasi dah jadi bubur '' benda dah jadi takkan dapat dipusingkan balik!


Tips elakkan rasa penyesalan itu dari terus merajai hati :

1 .Benda yang berlaku itu pasti ada hikmahnya ,.

2.Jangan tension2 sangat memikir benda/masalah itu boleh jadi gila tahu !

3. Pergilah karoake ke,hempas barang ke , makan ke benda yang kita, buat aktiviti kita suka .

4. Berusaha dapatkan benda itu sampai kita rasa puas hati balik.

5.Kalau tidak dapat juga,tabahkanlah hati dan redha sahajalah ,, mungkin bukan rezeki kita .



Sekarang ni aku tengah menyesal tapi relax2 dulu aku akan usahakan untuk dapatkan semula software2 aku yang hilang tu , pasal Running Man movie tu, urm.. tengok kat TV je la .... huhuhuhu......

Aish kemas2 beg untuk pulang semula ke asrama ..

Perasaan sedih sebab terpaksa jauh gan mak abah .....

Gembira sebab aku dah last semester ...hahahahah

 


Monday, November 4, 2013

BAHASA ITU DAH SEBATI DENGANKU .

Kalau orang tak tahu, ramai orang anggap bahasa orang Johor ini sama saja. Contohnya masa saya belajar kat luar Johor dulu, orang tak tahu saya orang mana selagi dia tak tanya saya. Sedangkan dia boleh tahu orang Kedah, Kelantan atau Terengganu  tanpa bertanya pada orang tu.

Ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Sampai sekarang, bahasa ni masih digunakan.





Air Tawo – Air Tawar          Berlenggeng - Tak pakai baju        Bak - bawa
Bandor – Bandar                   Belajor – belajar                                  Besor/Bah – Besar
Betok - Ikan puyu                 Bobos - bocor                                         Buboh/Tarok - letak

Cador – cadar                        Calor – calar                                          Cenonet - kecik 

Epok-epok -karipap            Engko – Engkau                                    Esbok – Peti Sejuk

Gambor – Gambar               Gebor – selimut                                    Grobok – Almari
Gonjol-gila-gila sikit

Hangen – angin                     Hantor – hantar

Jakun - Pelik                          Jajan – Makanan Ringan          Jerang - masak air/nasi
Jerih - Semput                      Jotos - sekel (Aku jotos kepala engko kang)

Kaos- Katil                               Kang - nanti                               kemain-bukan main 
Kejor – Kejar                           Kerek - Eksen                            Kolah - tempat simpan air
Kukot/kerok -garu-garu   Kokot - ambil sampai habis
korang - engkau orang       Kosi – kerusi


Lalak - Menangis                   Lantak - hentam keromo
Lawo – cantik                         Leceh - lambat (Leceh betullah ko ni)              
Longgo - Longgar

Mancah - Menebas                Muor – Muar                     Mengelat - Tipu

Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun (Orang tu nonong ajer)

Pasor Lambak – Pasar Malam      pestol – pistol           Peygang-  pegang

sangap - Menguap                              Sarap - Sarapan

Nyonyot - Hisap                                   Nyental - Memberus sesuatu
Nor - betul (panjang nor cerita ni)

Pakkal - Nasib baiklah


Segor – segar                                     Selipor – selipar              Semangka - tembikai
Sengabong - Sungai Abong          Sila panggung - Duduk rilek
Sogame – sekolah agama             Sokkabor – Surat Khabar

Rewang -Tolong-menolong semasa kenduri/rumah orang kahwin.

Tanak - Masak                                 Tampor – tampar             Tengek - Letak
Terpeleot - terseliuh                     Tikor – tikar
Tualo - tuala

Ungis : gigit

oke,, back to our topik.. tadi tu selingan je.. haa,, mengenai bahasa johor.. apa yang unik nye bahasa johor nii?? kalau korang tak penah stay kat johor mesti korang tak tau apa yang beza bahasa johor ni.. dengar macam sama je ngan bahasa kl.. sebenarnye tak.. .. johor ni suka guna ayat pakai bedal sesedap rasa di mulut je.. ikut suka sebut perkataan mana2 yang keluar dulu dari mulut je..
Memang saya bangga pun, tapi kena kurang dipraktikan sebab kalau nak buat prensentation/performances mesti selalu  terguna .
Yang penting kita kena tahu budi bahasa itu budaya kita . 
Adios ...



Tuesday, October 22, 2013

TARIAN TRADISI JOHO'' :KESENIAN INI MILIK KAMI




ZAPIN

Seni Zapin Melayu Johor Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang dipercayai berasal dari Asia Barat atau lebih tepat wilayah Hadramaut di Yemen yang geraknya adalah cepat kerana tidak banyak bunga tari. 

Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu serta Zapin Arab yang kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan daripada segi unsur adaptasi meskipun berasal daripada kesenian Arab yang sama.


Kerancakan pembangunan seni tarian itu bermula pada zaman kebangkitan Kerajaan Johor-Riau-Lingga pada abad ke-16, selepas kejatuhan empayar Melaka sehingga abad ke-19 iaitu sehingga Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.


Pada zaman tersebut orang Melayu di Johor seperti juga di Kepulauan Nusantara lain telah menghasilkan kesenian Zapin Melayu dengan iringan muzik gabungan Arab-Melayu seperti gambus, tambur dan marwas yang digabungkan bersama biola serta harmonium.


Selain itu, ia turut ditambah dengan nyanyian qasidah bersama pantun-pantun yang didendangkan dalam bentuk lagu dan ditarikan bersama gerak tari yang dicipta berdasarkan pergerakan asas Zapin Arab.


Seni Zapin Melayu yang khusus wujud apabila orang Melayu pada zaman itu memilih untuk terus berkarya dan menghayati hasil ciptaan mereka manakala orang-orang Arab yang berada di kepulauan Melayu terus mengekalkan tarian mereka.



Kemudian ia disusuli dengan kemasukan para penari secara berpasangan dan akan duduk mencangkung di atas sebelah kaki dengan tangan diletakkan di atas lutut dan paha sambil tunduk hormat kepada penonton atau pemetik gambus sebelum berdiri tegak serta memulakan langkah persembahan.




TARIAN KUDA KEPANG

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.


Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.


Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.


Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.


Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.



Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.


P/S ; ada orang cakap kekadang kuda kepang macam 'berhantu sikit' .Maaf kalau tak suka .



TARIAN CERACAP INAI

Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
Adalah dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur ‘sembah’/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/Pengantin. Ditarikan dengan membawa prob seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang.
p/s : aku baru tahu ... hahaha.




TARIAN SARAH

Dengan iringan muzik berirama Padang Pasir yang rancak, Tarian Sarah, ditarikan dalam suasana riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
p/s : google internet kalau nak tengok gambar ... ;p

APA YANG SPESIAL MAKANAN JOHOR NI?

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik ini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:



LAKSA JOHOR ; 

Makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.








MI BANDUNG 

~ Juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung,  Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.






MI REBUS ~

 Adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.







ARISA

~ Adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.
P/s ; aku pun tak pernah makan ni ...macam pelik je...





SATE ~

 Makanan kegemaran yang bukan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini,  boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.






TELUR PINDANG 

~ Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur  ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
P/S : favourite ni ..
pinjam gambar orang .....




ROTI KIRAI/ROTI JALA 

~ Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala.  Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan)  menjadi sos yang dimakan bersama.







KACANG POL













KUIH SIRAT












PISANG SALAI



OTAK-OTAK

~ Antara otak-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-otak gelang patah
p/s ;Ia macam sata jugak ...





NASI BERIANI GAM ~ Amat terkenal di daerah Batu Pahat







SOTO~

 Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet
p/s ; dah biasa makan.....=)








BURASAK ~ sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pisang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.








HALWA MASKAT




PECAL


p/s: My mak suka buat hidangan simple tp mengenyangkan ni...







TAUHU BAKAR
p/s : Tauhu sumbat suka la!!





PENDARAM /CUCUR


p/s  /; macam jemput-jemput la ...

                                                                       ROJAK PETIS




TENGOK MESTI RASA TERLIUR DAN LAPARKAN ..

BAGI SESIAPA YANG RASA TETIBA TERMENGINDAM TU....
BUKALAH INTERNET,CARI RESEPI-RESEPI  DAN MASAK SENDIRI
YANG RASA TAK DERIA NAK MASAK TU
Actually aku pun ada jugak tak tahu ada jugak jenis makanan macam ni kat dalam Johor ni..
huhuhuhu..tak cuba maka tak tahu
 ,,CER TRY CARI GERAI-GERAI YANG SERVE MAKANAN-MAKANAN INI...INSYALLAH ADA ;0 ..HAHAHA . ADIOSSS~~

Monday, September 30, 2013

CUTI-CUTI ........ MEH LA TENGOK SAT ,

Dari Johor Bahru, ia mengambil masa hampir dua jam memandu untuk mendapatkan anda untuk Felda Residence Tanjung Leman. Anda perlu mengambil jalan Kota Tinggi-Mersing, dan akan ada papan tanda untuk membawa anda ke sana. Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan di sini, seperti di dalam bilik unggul dengan dua katil single, dijual pada harga RM150 untuk satu malam, bilik deluxe yang saya tinggal di, kos RM180 semalam, serta suite RM300 semalam, dan suite eksekutif, yang akan menetapkan anda balik RM400 sejuk setiap malam. Ini adalah kadar promosi bagaimanapun, jadi anda juga mungkin merebut peluang ini untuk menikmati penginapan anda di sini.




view side






Selepas makan tengah hari dan mengambil rehat dari memandu ke resort, masa untuk memukul pantai! Ombak agak kuat di sini, dan air adalah agak panas. Ia hanya seronok untuk percikan sekitar di pantai, tidak? Beberapa orang cuba memancing nasib mereka, kerana Leman Tanjung dan pulau-pulau berdekatan adalah destinasi memancing yang popular, walaupun saya bukan jenis nelayan. Anda juga boleh bermain bola tampar pantai atau bola sepak pantai jika anda ke dalamnya.



Felda Residence Tanjung Leman adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan diri dan berehat dari semua tekanan kerja dan kehidupan bandar. Hanya pastikan anda membawa bersama anda sunblock dan sesuai mandi!





Ok , kembali ke Kota Tinggi. Pada mulanya saya mahu makan di Kedai Basir terkenal dengan nasi ayam yang lazat dan tidak dapat dilupakan mereka. Terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi , ini ialah kepakaran Restoran Basir. Nasi ayam mereka yang terkenal di seluruh Johor, mungkin juga Malaysia. Saya telah berada di sana kira-kira tiga kali dan saya tidak boleh mendapatkan cukup ia. Tetapi, pada saat yang terakhir saya membuat keputusan untuk melangkau Kedai Basir untuk menyemak Restoran Makanan Laut di Teluk Sengat yang disarankan oleh seorang kawan ayah saya.
Saya tidak tahu apa yang diharapkan dalam Teluk Sengat . Saya tidak pernah berada di sana sebelum ini. Tetapi apabila saya sampai ke bandar , ia adalah seperti berada di dalam keadaan yang berbeza keseluruhannya , walaupun bandar Kota Tinggi tidak seperti yang comel sebagai salah satu ini. Perhatikan bahawa saya menggunakan perkataan ' comel '. Teluk Sengat adalah sebuah pekan kecil mengantuk mengawasi, laut biru yang tenang dan berangin. Restoran makanan laut adalah mudah untuk dicari.





Bayangkan ini, sebuah restoran terbuka, terletak di bahagian yang lebih tinggi di bandar. Laut penyejukan angin bertiup lembut pada rambut anda. Anda boleh bau laut. Ia adalah luar biasa. Dan apabila makanan tiba, saya terlupa tentang nasi ayam pada gigitan pertama. Everything was perfect! Ikan lembut, sotong  lazat dan anda hanya boleh mengatakan bahawa segala-galanya telah dimasak dengan bahan-bahan segar. Saya order hidangan yang cukup untuk memberi makan kepada keluarga secara keseluruhannya.



Selepas meneroka bandar Teluk Sengat, yang hanya mengambil masa kira-kira 5 minit (serius, bandar itu mikro) saya memutuskan untuk terus memandu ke Sungai Rengit untuk melawat pantai. Di pekan Sungai Rengit, saya telah disambut oleh udang logam mutan. Saya begitu kagum dengan udang ini. 





DARI KEJAUHAN DAH NAMPAK BANGUNAN NI ;p



Izinkan saya memperkenalkan anda kepada Raja Villa Resort.
Ia adalah tempat yang indah, di atas bukit, 45 meter di atas paras laut mengawasi lautan biru. Menakjubkan adalah perkataan yang datang ke fikiran kerana mereka membawa saya ke bilik saya. Walaupun anda perlu memandu sedikit untuk pergi ke pantai, saya masih mengatakan, Raja Villa mempunyai pandangan yang terbaik berbanding dengan hotel-hotel atau resort lain di sekitar Mersing. Dan ia hanya mengambil masa kira-kira kira-kira 5 minit untuk sampai ke bandar Mersing, bergantung kepada bagaimana lambat atau cepat anda memandu, jelas.?



Disini ,menyediakan tiga pilihan bilik yang bilik deluxe, suite satu bilik tidur dan suite dua bilik tidur, yang saya juga diberitahu bahawa jika anda tinggal di suite anda akan mendapat pandangan laut. Harga mereka adalah munasabah juga kerana saya tinggal semasa hari minggu di dalam bilik deluxe ia hanya kos saya kira-kira RM65 satu malam. Dan bagi yang jenis harga, mendapat bilik berhawa dingin dan berpermaidani dengan katil bersaiz king, tv, peti sejuk mini, bilik mandi dengan pemanas air dan pemandangan indah kolam renang dan taman yang mekar dengan bunga. 


Tanya mana-mana orang tempatan tentang gunung Ledang, kerap daripada tidak, mereka akan memberitahu anda legenda dari zaman dahulu kala. Cerita  Sultan Melaka begitu terpesona dengan keindahan bahawa dia meminta tangannya dalam perkahwinan. Puteri yang mengenakan jenis tugas-tugas yang tidak masuk akal untuk sultan

Yang berjalan ke atas tidak begitu tinggi, hanya 1,276 m tinggi. Saya mencadangkan sekurang-kurangnya perjalanan semalaman . Ini menjadikan Gunung Ledang kegemaran bagi pendaki, perjalanan hujung minggu, perjalanan perkhemahan pelajar atau berkelah santai. Buat persediaan yang baik dan beberapa bekalan , dan anda boleh mula. Bahagian awal mendaki agak berangin dan membuat latar belakang yang indah untuk dilihat.mencapai titik tengah pendakian anda, perkara yang boleh mendapatkan rumit. jaga langkah agar tidak sesat . Hutan adalah lebih padat di bahagian tengah , . Juga, jika anda membuat keputusan untuk berkhemah, pastikan ia jauh daripada sungai kerana anda tidak mahu kem anda banjir semasa hujan .

Seperti yang anda terus mendaki , suhu akan jatuh ,membawa jaket adalah satu idea yang baik. Mendaki ke puncak akan mendapatkan lebih mencabar , dengan beberapa permukaan berbatu . Sekali lagi, berhati-hati dan mendapatkan cengkaman yang baik bersama-sama berjalan kaki anda. Selepas itu, anda boleh menikmati udara yang sejuk di puncak dan lihat pemandangan bagus. Juga, jika anda membuat keputusan untuk melangkau mendaki , anda boleh sentiasa berada di resort gunung berhampiran kaki bukit. Saya fikir, jika anda berada di sana , mengapa tidak teruskan mendaki , bukan?
Perjalanan ke Gunung Ledang tidak sukar sama sekali. Pertama, mendapatkan diri anda untuk Tangkak dengan bas atau kereta api. Selepas itu, anda boleh mengambil teksi atau bas ke laman web ini. Ia tidak jauh , saya berfikir dalam15 km sahaja .





Saya akan memberitahu anda, Palm Resort Golf and Country Club merupakan salah satu padang golf yang luas. Ambil masa anda untuk bermain 54 lubang yang mencabar yang ditawarkan di sana, dan anda akan tahu mengapa tempat ini adalah salah satu resort golf terkemuka di negara ini. Syurga 800 ekar digunakan untuk menjadi ladang getah kelapa sawit dan.
The Palm Resort Golf and Country Club terdiri daripada tiga tapak yang dinamakan Allamanda, Chempaka dan Melati. Antara ketiga-tiga kursus semua golf cabaran dibayangkan. Dari ini, fairway pulau ke lereng kiri dan kanan, hanya bersedia untuk mempunyai masa yang baik. Lubang kedua dalam melati  ini helah parti, perangkap pasir terbesar di seluruh Malaysia; seperti padang pasir yang kecil.






Bercakap tentang pengalaman bermain golf yang hebat. The Pulai Springs Resort meliputi beberapa kawasan 196 ekar, dengan mata air dan bukit. Berada di kawasan resort ini sudah menenangkan; bermain golf di sini adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Terdapat dua kursus 18-lubang golf di sini, Melana Course dan Golf Pulai itu. Kedua-dua kursus telah mendapat reputasi yang baik untuk menjadi yang mencabar dan menghiburkan untuk bermain, oleh pemain golf tempatan dan luar negara. Banyak majalah golf telah menamakan Pulai Springs Resort sebagai "yang mesti bermain" destinasi di Johor.
Sekarang anda telah mengetahui latar belakang resort, mari kita lihat beberapa lubang yang anda akan bermain di sini. Lubang-15 di sini dipanggil 'Cabaran' (Oooh!). Lubang ini telah mengejutkan ramai pengunjung cuba untuk membuat kerja pendek daripada 472 meter par-5 lubang ini. Selepas bermain di sekitar pokok-pokok, sungai dan batu-batu, apatah lagi laluan perairan yang sempit; pemain golf diingatkan mengapa lubang dinamakan 'Cabaran'.





Apabila bercakap tentang tempat menyelam, pantai yang indah dan percutian pulau di negeri Johor, kebanyakan daripada mereka adalah di dalam daerah MERSING .Pulau-pulau indah di sini tidak seperti yang meluas publisiti seperti  Langkawi atau Pulau Perhentian. Sebuah tempat yang baik untuk memulakan meneroka pantai yang paling indah dan tapak menyelam di Johor di Pulau Sibu. 











Tuesday, September 24, 2013

ASAM PEDAS IN JOHOR BAHRU ......


OLEH KERANA TERLALU LAPAR . DAN TETIBA PULA TERINGAT PASAL MAKANAN YANG SATU NIH,MEH AR KITA SURVEY2 PASAL IKAN ASAM PEDAS .
KOT-KOT ADA YANG MENGIDAM KE, DAH LAMA XMAKAN KE, AND MALAS NAK MASAK2 KAT KAT DAPUR . DISINI SAYA ADA LISTKAN SENARAI KEDAI-KEDAI YANG AREA DALAM NEGERI JOHOR NI YANG MUNGKIN ADA TINGGAL BERDEKATAN AREA-AREA KAWASAN INI .
SELAMAT MENIKMATI !!!!


Restaurant name: Minha
Address: 8, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor Bahru
Map: http://g.co/maps/epgdz
GPS: 1.494907,103.718324
Hours: 7:00am to 3:00pm (closed on Sunday)
Halal









Restaurant name: Asam Pedas Mak Pon 
Address: Stall no. 6, Medan Asam Pedas (off Jalan Jabbar) Parit Jawa, Muar, Johor (south of Muar city)
Map: http://goo.gl/maps/Jmg4D
GPS: 1.950661,102.635049
Hours: 8:00am to 4:30pm (Fridays off)
Halal








Restaurant name: Ali Asam Pedas
Address: 200, Jalan Shahbander, Batu Pahat, Johor
Map: http://g.co/maps/9ttt3
GPS: 1.857651,102.924943
Hours: 10:00am to 6:00pm (estimated)
Halal









Restaurant name: Restoran Sutera Village
Address: 69, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, Johor Bahru (near Sutera Mall)
Map: http://goo.gl/maps/o2DRP
GPS: 1.515335,103.667555
Hours: 10:00am to 10:00pm (closed on Monday)
Halal









Asam Pedas @ Danga-Link,JB
Sekiranya anda berada di Johor Bahru dan ingin mencuba menu Asam Pedas, apa kata mengunjungi Restoran Asam Pedas Danga-Link. Restoran itu boleh dikunjungi di Kampung Sungai Danga di Jalan Kassim Noor.




Apabila pulang bercuti ke Johor Bahru, Restoran Kampung Danga adalah antara restoran yang berhampiran untuk dikunjungi. Restoran yang terletak di Taman Perling ini menawarkan pelbagai lauk makanan tempatan yang menyelerakan.





Apa yang istimewanya ialah masakan asam pedas khususnya Kepala Ikan Semilang. Masakan Asam Pedas lain ialah ikan Selar, Kembong dan Pari.






OK .OK .OK DAH TERLIUR WEI TENGOK NI...SAYA LAMPIRKAN JUGA JENIS-JENIS LAUK// JENIS-JENIS IKAN  YANG DAH PUN JADI ASAM PEDAS .
 LAUK ASAM PEDAS INI ADALAH DARI IKAN SEMBILANG.




LAUK ASAM PEDAS INI PULA DARI IKAN PATIN. 


LAUK ASAM PEDAS INI PULA BERASAL DARI IKAN KEMBUNG 






KALAU YANG TAK SUKA MAKAN IKAN . DONT WORRY BOLEH TUKAR DENGAN AYAM MASAK ASAM PEDAS . SEDAP JUGAK LA...SAYA DAH PERNAH CUBA MASAK ...


DAN YANG TERAKHIR ASAM PEDAS DAGING TETEL ....

OK SAYA DAH NAK LOG OUT NI ...BEFORE THAT BAGI SESIAPA YANG NAK CUBA SENDIRI MASAK KAT RUMAH ,ALMAKLUMLAH MAKAN KAT KEDAI TAK CUKUP SATU PULAK .. DI SINI SAYA JUGA LAMPIRKAN RESEPI YANG RINGKAS , MUDAH DAN YANG PENTING SEDAP UNTUK ANDA SEMUA CUBA . SEKIAN .










COPY DARI ALAMAT EMAIL DIATAS : 
ASAM PEDAS IKAN MERAH.
Bahan-Bahan

1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
2 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.